Selasa, 5 Oktober 2010

jika kau fikirkan boleh...

"akaun sangat susah..."

ya,sy setuju..apalagi utk sy yg tiada langsung basic account..

tp kdg2 subjek ni menyeronokkan..semua benda yang dipelajari adalah benda baru..

susah juga nk kira duit ni rupanya...hehe

menuntut kesabaran dan kekuatan mental dan fizikal yg tinggi..maklumlah, bila account x balance, terpaksa semak satu persatu..

tapi tetap minat nak blajar...cuma tak minat nak jawab exam..jawapan untuk soalan tiada dalam buku..semua kena belajar sendiri..

tapi kalau dah namanya belajar,mestilah semua susah..tiada yang senang..
harap-harap sy terus kuat semangat...

tp bila difikirkan balik,kenapa sy dijodohkan dgn course ni??sedangkan lepas spm dulu bukan main xnak jumpa dgn subjek bernombor..last2 skali, nombor tu lah yang memenuhi kehidupan sy..(mimpi pun mimpi nombor jugak..huhu)

ketentuan Allah,tiada siapa dapat menjangkanya..

~monolog di malam hari~~~~~~~~

Sabtu, 5 Jun 2010

Juha 'Mr. Bean' Zaman Abbasiyah

Juha Memegang Janji

Pada suatu hari aku telah bertelagah dengan isteriku tentang giliran untuk mengikat serta memberi makan kepada keldai kepunyaan kami di kandang. Akhirnya kami mengambil keputusan siapa yang mula bercakap selepas ini, maka dialah yang mesti pergi ke kandang untuk mengikat serta memberi makan keldai.


Maka aku dan isteriku terus duduk di dalam rumah, masing-masing mendiamkan diri tidak mahu bercakap. Setelah lebih kurang sejam lamanya isteriku pun menjadi bosan, lalu dia terus keluar dari rumah pergi ke salah sebuah rumah jiranku, jadi tinggallah aku sendirian. Tidak lama kemudian aku terdengar satu suara seakan-akan ada perompak masuk ke dalam rumahku. Maka aku pun nak melaungkan suara untuk meminta tolong, tiba-tiba aku teringatkan perjanjian dengan isteriku tadi, terus aku tak jadi nak menjerit. Aku pun terus duduk dan langsung tidak bergerak-gerak. Perompak tersebut terus masuk ke dalam bilikku, mulalah dia menggeledah sana sini, sebelum itu dia terpandang ke arahku dan dia menyangkakan bahawa aku diserang penyakit lumpuh sebab langsung tidak bergerak-gerak.






Lalu terus dia mengambil apa yang boleh diambilnya, apa saja yang dapat dicapai oleh tangannya dia memasukkan ke dalam karung yang dibawa. Kemudian sebelum perompak itu meninggalkan rumahku dia datang menghampiri aku lalu mengambil serban yang ada di kepalaku dan kemudian dia terus lari menghilangkan diri. Aku langsung tidak bergerak-gerak ataupun berkata apa-apa sebab berpegang pada janji aku dengan isteriku. Tidak lama selepas itu datang seorang anak jiran rumahku kerana isteriku telah menyuruhnya agar membawakan untukku semangkuk bubur supaya aku tidak mati kelaparan. Aku pun memberi isyarat kepada anak jiranku itu bahawa serbanku dan seluruh perkakas rumahku telah dicuri perompak.






Bila dia melihat aku memberi isyarat sedemikian, disangkanya aku berkata: “Tuangkanlah bubur itu ke atas kepalaku!” Habis basah kuyup aku dibuatnya. Tiba-tiba si budak tadi terus faham dengan apa yang telah aku isyaratkan kepadanya, tanpa berlengah terus dia berlari serta memanggil-manggil isteriku. Isteriku terus datang untuk melihat apa yang telah berlaku... bila dia terlihat terus dia berkata kepadaku dalam keadaan terperanjat serta marah: “Apa yang telah berlaku ke atasmu wahai Juha... suamiku?” Aku pun terus melompat bangun dari tempatku dan kukatakan kepadanya: “Ha!... kamu yang mula bercakap, jadi kamulah yang kena pergi ke kandang untuk mengikat dan memberi makan si keldai tu nampaknya, cepatlah pergi...! dan janganlah kamu berdegil lagi!”


Juha Membalas Dendam







.uatu hari aku telah bersetuju dengan beberapa orang sahabatku iaitu untuk mengadakan satu pertandingan. Jika aku dapat mengalahkan mereka, maka mereka kena menjamu aku makan dengan satu hidangan yang sedap-sedap dan bermacam-macam makanan. Dan jika aku yang kalah maka akulah yang kena jamu mereka makan.






Dengan satu syarat iaitu aku di kehendaki duduk di satu kawasan yang lapang di waktu malam di musim sejuk dan mereka tidak akan mengawasi aku bermakna aku mesti amanah tidak boleh menipu. Dan ada syarat yang lebih penting lagi iaitu jangan ada langsung tanda-tanda bahawa pada malam itu aku menyalakan api untuk memanaskan badan aku dari kesejukan, ini yang paling penting. Aku pun bersetuju oleh kerana aku yakin bahawa aku akan mampu menyahut cabaran tersebut dan aku berjanji akan benar-benar menepati syarat-syarat sebagaimana yang telah ditentukan. Maka pada malam itu aku pun berbuat sebagaimana yang telah diminta kepadaku.






Kemudian pada keesokan paginya mereka pun beramai-ramai datang menemui aku dan meminta kepadaku agar menceritakan apa yang telah berlaku pada malam tadi dengan amanah dan jujur. Aku pun menceritakan kepada mereka: “Sesungguhnya pada malam tadi tidak ada yang aku dengar melainkan desiran dedaunan pokok yang ditiup angin. Selain itu aku juga mendengar tiupan angin yang agak kencang hingga menyebabkan aku merasakan kedinginan yang sangat dan juga aku terlihat dari kejauhan iaitu lebih kurang sebatu di depanku kelihatan api yang aku rasakan mungkin itu longgokan api.”






Tiba-tiba salah seorang dari mereka bangun dan berkata: “Bukankah kita dah berjanji jangan langsung kamu menyalakan api ataupun ada apa-apa unsur yang boleh mendatangkan kepanasan bagi kamu, bermakna api itu dapat memanaskan badan kamu dan kamu telah menyalahi syarat perjanjian kita!” Bangun seorang lagi, dia juga berkata, menguatkan kata-kata kawannya itu tadi dan akhirnya mereka memberi keputusan akulah yang kena menyediakan kepada mereka makanan yang sedap-sedap. Aku pun bersetuju tanpa banyak cakap. Maka tibalah pada hari yang ditetapkan iaitu mereka akan ke rumahku untuk menjamu selera, sesampai sahaja mereka aku pun mempersilakan mereka masuk.






Setelah agak lama mereka menunggu, perut-perut mereka pula telah berkeroncong, maka terus mereka bertanya kepadaku: “Wahai Juha...! mana dia hidangan, kami dah lama menunggu ni?” Oleh kerana mereka sudah bertanya, aku pun mengajak mereka ke kebun yang berada di belakang rumahku. Tiba-tiba mereka terkejut kerana melihat sebuah periuk yang besar tergantung di dahan salah satu pokok yang ada di kebunku. Lalu terus mereka bertanya: “Wahai Juha... apa ini?” Aku pun berkata di samping ingin mengenakan mereka: “Takkanlah kamu sudah lupa dulu kamu katakan padaku bahawa aku akan dapat memanaskan badanku yang kesejukan di musim dingin dengan longgokan api yang jauhnya sebatu, jadi sekarang ini di depan mata kamu semua, kamu menyaksikan sebuah periuk yang berisi makanan, takkanlah dia tak boleh masak dengan kepanasan api pelita yang ada di bawahnya yang jaraknya hanya sehasta. Jadi tunggulah sampai ia masak dulu!”


Mana Dia Surat Itu



Pada suatu hari ada seorang yang paling kaya dalam kampungku telah membuat satu jamuan makan yang sangat besar, dihidangi dengan makanan yang sedap-sedap dan lazat. Akan tetapi dia hanya menjemput orang-orang yang besar dan kaya-kaya sahaja samada dari kampung yang sama dan juga dari kampung yang bersebelahan.


Walau bagaimana sekalipun aku berazam untuk turut hadir dalam majlis jamuan itu, walaupun dengan apa cara sekalipun. Jadi si tuan rumah yang kaya raya tadi telah memberitahu kepada khadam yang menjaga pintu agar memastikan setiap para jemputan yang hadir mestilah menunjukkan kad jemputan. Siapa yang tidak membawa kad jemputan yang telah di edarkan, jangan di izinkan masuk. Maka aku pun mendapat satu jalan iaitu aku mengambil sehelai kertas putih dan aku lipatkan seakan-akan lipatan surat. Aku pun pergi ke rumah orang kaya tadi, sampai di pintu rumah dengan seberapa cepat yang boleh aku berjalan dan berkata kepada si penjaga pintu: “Buka... buka laluan!... aku membawa sekeping surat yang penting untuk tuan rumah”






Aku terus masuk ke dalam rumah dan aku dapati bahawa di hadapanku sekarang ini terhidang satu juadah yang amat sedap lagi lazat. Tanpa berlengah terus aku menerkamnya, aku makan semampu yang boleh dan kemudian sambil aku makan, aku serahkan kertas yang aku katakan surat tadi kepada tuan rumah. Dia pun mengambilnya, setelah dilihat terus dia berkata kepadaku dengan pelik: “Mana dia surat tu, ini kertas putih kosong, langsung tak ada apa-apa tulisan?” Aku menjawab dengan mulutku yang penuh dengan makanan: “Oh... minta maaflah wahai tuan, sebenarnya aku datang ke sini tadi dalam keadaan yang tergesa-gesa sehinggakan aku tidak sempat untuk menulis surat ini terlebih dahulu, jadi minta maaflah!”.






Dipetik Dari Buku: Kisah-kisah Lucu Abu Nawas







^_^  >>>>>>







Selasa, 18 Mei 2010

Di Mana Dia di Hatiku??

Waktu balik dari hospital sabtu lepas, sy singgah kejap dekat kedai buku 'Syarikat Muda Osman' (adik sy yg nak singgah, padahal dia tak beli apapun) . Alih-alih sy pulak yang beli buku..sy memang sukakan buku..sejak kecil, novel kanak-kanak, majalah-majalah, tak kurang juga komik doraemon, telah menjadi kegemaran sy.mak dan ayah pun selalu belikan buku..hadiah pun mesti nak buku cerita..kisah2 nabi,kisah2 di zaman nabi,kisah hidup binatang,kisah hidup kanak-kanak, semuanya jadi koleksi sy sampai sekarang..


Sebab tu, baucar buku RM200 yg dimenangi ketika pertandingan bercerita waktu sekolah rendah adalah hadiah paling bernilai yang pernah sy dapat..baucar tu sumbangan dewan bahasa dan pustaka..best sebab dapat borong buku banyak-banyak..ayah, yang juga memang sukakan buku pun boleh pilih apa sahaja buku yg disukai..sy memilih banyak novel kanak-kanak..^^

Tapi,bila dah besar ni,boleh dikira dengan jari berapa kali sy beli buku..hehe.. bukan apa, sayang duit nak beli buku..tapi minat dengan buku tak pernah padam..biasanya, sy pinjam di perpustakaan atau kawan-kawan..lagipun,internet kan ada..sy fikir banyak lagi yg boleh dibeli dengan duit untuk beli buku tu..kedekut kan?? orang klantan kate, "kedekuk pahit!"

Masuk kedai buku pun, tengok-tengok sahaja..walaupun teringin sangat nak beli..Tapi yang bestnya, ayah kan ada..ayah memang suka beli buku..jadi, sy tumpang baca koleksi buku-buku ayah je..

Bila masuk kedai buku sabtu lepas, sy tak terfikir pun nak beli buku..sekadar tengok-tengok..Tiba-tiba ternampak satu buku bertajuk "Di Mana Dia di Hatiku?" oleh Pahrol Mohd Juoi..penulis kegemaran sy..Kulit buku pun sangat cantik dengan warna kegemaran sy..

Hati mula berbolak-balik..nampak best je buku ni..Ustaz Pahrol ni, sy mula membaca tulisannya dalam majalah Anis dan sy amat kagum dengan cara penulisan beliau yang santai tapi mampu menyentuh hati sy..

Pusing belakang buku tu, nampak harga RM 15..tidaklah mahal sangat..tapi oleh sebab sy yang agak kedekut nk beli buku ni,sy fikir panjang sama ada nak beli ataupun tidak..

akhir sekali,sy dapati kaki dahpun melangkah ke kaunter pembayaran..bukan mahal pun sebenarnya..waktu bayar,tak sangka dapat diskaun..hehe..

dalam hati berdoa,moga-moga buku ini bermanfaat..

Sampai rumah,terus belek-belek buku ni..sukanya!!

memang betul jangkaan sy,buku ni memang best..di akhir setiap kupasan, mesti diselitkan dengan puisi..sy memang sukakan puisi!
kandungannya pun cantik..

isinya sangat bermanfaat..sangat berguna kepada hati kita yang memang memerlukan pengisian rohani..seperti biasa, tulisannya santai sahaja..ada kongsian pengalamannya, cerita, dan juga suntikan semangat buat mereka yg sedang diuji..

ada 54 kupasan kesemuanya..dan setiap satu daripadanya mampu membuat sy merenung jauh dan berfikir..

antara kupasan-kupasan yg menarik,

- semakin susah semakin indah

- 'aku' dan empat isteri

- serasikan tadbir dan takdir

- orang baik mati cepat?

- biarlah wajah tidak cantik

- Graviti hati

- Singkaplah rahsia malam


sy pun belum habis baca buku ini lagi..sayang nak habiskan cepat-cepat..sy bersyukur sebab buat keputusan beli buku ni.. baru sy sedar, memiliki koleksi buku sendiri memberi kepuasaan yang sukar digambarkan..lain kali, sy akan buangkan sifat kedekut nak beli buku.. ^^

Nanti, bila ada masa, sy akan kongsikan kandungan buku ini..


(^_^) >>>>>

oh ya, ayah dah keluar hospital ahad yang lalu..Alhamdulillah..

Rabu, 12 Mei 2010

5 Perkara Sebelum 5 Perkara..

Sihat sebelum datangnya Sakit..


Muda sebelum datangnya Tua..


Kaya sebelum datangnya Miskin..


Lapang sebelum datangnya Sempit..


Hidup sebelum datangnya MATI..




..................................


Hari ini sy pergi melawat ayah di hospital..
Insaf melihat manusia dengan pelbagai jenis penyakit..

ayah sy ditahan kerana tekanan darah yang terlalu tinggi. ayah ke hospital dengan tujuan mengambil ubat sebenarnya, tapi ditahan oleh doktor apabila tekanan darah mencecah 200..

hairan juga..sebab ayah sy kelihatan sihat..sebelum ke hospital, sempat mencangkul lagi..tidak nampak seperti orang sakit..namun sebenarnya, ayah sy berada dalam keadaan amat bahaya..di hospital pun, ayah nampak sihat..

Alhamdulillah,ayah tidak apa-apa..tekanan darah juga semakin menurun..

terbuktilah..

"SIHAT SEBELUM SAKIT"


Kita juga akan melaluinya..ya, mungkin kita dah menghadapi pelbagai jenis sakit..demam, sakit perut, sakit kepala, sakit tekak, dan juga sakit anggota badan yang lain..mungkin juga sakit 'hati'.. dan bila menghadapi penyakit yang semakin berat, semakin kita mengingati Allah..kerana ketika itu,
tiada siapa yang dapat menolong kecuali Dia yang mendatangkan penyakit..


Bila sakit, mula kita mengingati Mati..


Hikmah di sebalik sakit yang dihadapi..melatih kita menjadi lebih sabar, mendekatkan diri dengan Pencipta, juga sebagai peringatan tantang kematian..


Melihat orang di sekeliling kita yang telah pergi, hati sering berkata, "mungkinkah giliranku selepas ini?"


Lalu,marilah kita memanfaatkan waktu sihat, muda, kaya, lapang, hidup
dengan sebaiknya sebelum sakit, tua, miskin, sempit, dan mati datang kepada kita..


"renung-renungkan, dan selamat beramal!"
^_^ >>>>>>>>