Khamis, 20 Januari 2011

Kisah Tam, Mamut, dan Lucky..(bahagian 1)

Tam, Mamut, dan Lucky bukanlah tiga sahabat baik.. Malah mereka tidak pernah mahu menjadi sahabat..Mereka membesar bersama-sama di satu kawasan yang sama..

Tam selalu dibuli oleh Mamut..Tam sangat takut apabila melihat Mamut.. mendengar derapan tapak kaki Mamut sahaja Tam sudah cepat-cepat menyembunyikan dirinya.. Tam tidak berani kerana Mamut lebih besar daripada Tam..silap-silap nanti Tam cedera kalau cuba menentang Mamut..

Mamut, usianya lebih tua daripada Tam. Keturunan Mamut memang bersaiz agak besar daripada biasa.. Oleh sebab itulah, Mamut bersikap agak sombong dengan rakan-rakan lain..Wajah Mamut sentiasa serius, tidak mesra dan nampak garang..jelingan matanya juga tajam.Setiap hari, Mamut akan lalu depan Tam..Mamut tahu Tam takut padanya..sebab itulah Mamut suka buli Tam..kadang-kadang tu Mamut acah-acah aje..hehe..jeling sikit je Tam dah lari..apelah Tam ni....

Mamut bangga sebab Tam takut pada Mamut..

Lucky? Lucky lebih besar daripada Mamut..Mamut tidaklah takut sangat pada Lucky..keturunan dan darjat mereka berbeza..Tapi, berani sangat pun tidak juga..Mamut hati-hati juga, manalah tahu Lucky 'bad mood' hari tu..tak pasal-pasal nanti Mamut kena buli..kalau boleh, Mamut cuba elakkan diri dari bertembung dengan Lucky..

Walaupun Tam, Mamut, dan Lucky bertemu pada setiap hari, mereka tidak pernah cuba berbaik-baik. Masing-masing buat hal masing-masing..

Tam pandai bergaul..setiap hari ada sahaja orang yang belanja Tam makan.. bertuah Tam..kadang-kadang kalau Mamut nampak Tam makan, Mamut akan pergi gertak Tam..haha..saja je..sebab itu adalah hobi Mamut..

Namun siapa sangka takdir mereka berubah selepas itu..


jengjeng..TO BE CONTINUED..